Blogger Widgets

Friday 18 May 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


PEMBUKAAN TAMAN RIMBA TEMPLER


Pada hari ini 19.5.1954, Taman Rimba Templer telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Gerald Templer.  Taman Rimba ini meliputi kawasan seluas 3000 ekar dan terletak di antara Batu 11 hingga Batu 14 di Jalan Kuala Lumpur/Ipoh. Kawasan Taman Rimba ini adalah hadiah dari Kerajaan Selangor dan merupakan taman negara yang pertama. Taman Rimba Templer adalah idea dan pandangan jauh Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin dan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Sir Gerald Templer.  Taman Rimba ini diletakkan di bawah jagaan ahli bagi Sumber Alam Semula Jadi. Kerja-kerja untuk menyediakan Taman ini dimulakan dengan daya utama Jawatankuasa Ad-hoc yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman dan ahli-ahlinya adalah pegawai daripada Jabatan Pertanian dan Perhutanan. Taman Rimba Templer ini merupakan kawasan rekreasi yang meliputi tasik, sungai, laluan pejalan kaki, bersampan, berenang dan kawasan yang indah bagi perkelahan. Di hari perasmian ini Sir Gerald Templer juga meninjau kawasan seluas 50 ekar yang telah mula dibuka kepada orang awam. Sungguhpun demikian kawasan rimba ini masih lagi merupakan kawasan larangan selepas jam tiga petang memandangkan pengganas komunis masih lagi bergerak di kawasan berkenaan. Dengan adanya Taman Rimba Templer ini generasi akan datang dapat mewarisi keindahan alam semula jadi yang terpelihara dari kepesatan pembangunan.

No comments:

Post a Comment